Proses Membuat Sabun Secara Tradisional


Tahukah anda bahawa sabun adalah bahan yang terhasil daripada campuran bahan kimia lye (sodium hydroxide, NaOH) dan lemak haiwan atau minyak tumbuh-tumbuhan?

Cara buat sabun

Kombinasi bahan-bahan ini adalah sesuatu yang paling asas dalam setiap proses pembuatan sabun.

Dalam erti kata lain, untuk menghasilkan sabun perlu ada tindak balas antara  lemak atau minyak atau campuran kedua-duanya bersama Lye.

Apa yang membezakan kualiti sesuatu sabun itu adalah jenis minyak atau lemak yang digunakan.

 

Lye

‘Lye’ adalah sejenis caustic soda.

Ia merupakan bahan utama yang digunakan dalam proses membuat sabun. Ia bersifat menghakis dan perlu dikendalikan dengan teliti dan berhati-hati. Silap gaya boleh melecur tangan.

 

This slideshow requires JavaScript.

 

Walaupunbegitu ia bukanlah 100% berbahaya, sekiranya anda faham dan mengetahui teknik yang betul untuk mengendalikan bahan ini.

 

Gliserin @ Glycerin

Gliserin pula adalah bahan sampingan yang terhasil sewaktu proses membuat sabun. Gliserin ini lah yang menjadikan sabun buatan sendiri lebih baik dari yang dibeli di kedai kerana sabun yang ada dipasaran telah dikurangkan atau hampir tiada gliserin. Gliserin tersebut telah diestrak keluar untuk digunakan dalam proses pembuatan bahan atau krim penjagaan dan rawatan muka yang mana marketnya lebih mahal berbanding sabun.

Kandungan Gliserin dalam sabun penting kerana ia bertindak sebagai pelembab.

Selepas kulit dibersihkan menggunakan sabun, lapisan minyak semulajadi pada permukan kulit akan hilang. Gliserin yang ada dalam sabun akan tertinggal pada permukaan kulit dan akan memerangkap partikal air dalam udara dan membentuk satu lapisan lembapan di permukaan kulit.

Kebanyakkan sabun bayi mengandungi kandungan gliserin yang tinggi bagi mengelakkan iritasi dan memberikan kelembapan tambahan kepada kulit bayi yang lembut.

 

Kini anda juga boleh membuat sabun tanpa perlu menggunakan Lye..

Sekiranya anda tidak tau cara-cara atau kurang kemahiran membuat sabun ‘from scratch” tidak mengapa. Anda boleh juga menghasilkan sabun sendiri yang kaya dengan glyserin di rumah.

Caranya amat mudah dengan menggunakan bahan asas sabun berglyserin. Anda boleh menghasilkan sabun menggunakan teknik “Melt-N-Mold” .

 

Apakah cara “Melt-N-Mold”?

Bahan asas sabun bergliserin

Bahan asas sabun bergliserin

Bahan asas sabun tersebut hanya perlu

  1. Dicairkan “melt” dengan menggunakan microwave ataupun double boiler (seperti teknik mencairkan coklat),
  2. Tambahkan pewarna dan pewangi,
  3. Tuangkannya ke dalam acuan “mold”, dan tunggu untuk sabun itu mengeras dalam beberapa jam
  4. Keluarkan dari acuan..

Sabun anda boleh terus digunakan.

 

Anda juga boleh menghasilkan sabun kecantikan berkualiti tinggi hanya dengan mencampurkan bahan-bahan berkhasiat pilihan anda sendiri seperti vitamin, minyak kecantikan, extract buah-buahan dan banyak lagi ke dalam bahan asas sabun tersebut.

Dengan kreativiti, anda boleh menghasilkan berbagai bentuk dan jenis sabun hanya menggunakan bahan asas “Melt-N-Mold” ini sahaja..

Untuk mula belajar membuat sabun sendiri di rumah, anda hanya perlu mendapatkan Set Lengkap Membuat Sabun macam gambar bawah ni.
Essential Soap Making KitSet ini di sertakan dengan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sabun dan juga  buku Seni Kraf Sabun.
Dalam buku ini ada ditunjukkan secara lengkap langkah2 untuk membuat pelbagai jenis sabun antaranya sabun cenderahati, sabun kanak-kanak, sabun skrub, sabun kecantikan dan banyak lagi..
Pembelian boleh dibuat di sini  : ESSENTIAL SOAP MAKING KIT

Jom Baca Yang Ni...

Tags: , , , ,

Leave a Reply